Tuesday, 9 April 2013

Bang Non Dikunyitkan Musa...ommmm dap ouh.

Apa dah jadi? Jom kita semua baca petikan ini hanya anda yang mampu menilai siapa Bang Non sekarang.

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan.
Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan. Kenyataan yang mendakwa mendapat sokongan saya mesti dihentikan.
"Dan jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan.
Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik".


Menyentuh debat mengenai kemungkinan atau tidak kerajaan jadi bankrap, Musa memuji hujah lisan pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran ikrar pilihan raya BN Sabtu lepas.

"Saya ucap tahniah kepada pengerusi Barisan kerana hujahnya yang lancar menentang Pakatan atas tajuk khusus ini.
"Tanpa menggunakan saya, saya gesa Pakatan muncul berhujah dan menyerahkannya kepada penilaian bijak pengundi," kata Musa.
Dalam kenyataan itu, Musa seterusnya berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai semula politik dan beliau akan terus menyatakan pandangan peribadinya mengenai sebarang isu politik.
"Saya seorang anggota Umno dan BN dan dengan itu juga, saya harap Barisan akan memenangi pilihan raya ini. Sesungguhnya, saya yakin Barisan akan memenangi pilihan raya ini," kata beliau.

#vote4BN Anak Muda Sayang Negara@Better Nation


No comments:

Post a Comment